Thursday, May 22, 2008

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan.."




  1. Aku telah melihat seorang dari umahku telah di datangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, namum malaikat itu terhalang disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan tapi telah terselamat oleh berkat WUDHUKNYA YANG SEMPURNA.

  3. Aku telah melihat umatku yang sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, namun dia diselamatkan oleh berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

  4. Aku telah melihat bagaimana umatku telah diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulut dan kemudian dikeluarkan rantai itu dari duburnya tetapi telah diselamatkan dari seksaan itu kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK.

  5. Aku melihat umatku yang teramat dahaga, kerana setiap kali dia mendekati satu telaga dia dihalang daripada meminumny tetapi ketika itu lah datang pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, dan kemudian dia diberi minum sepuas-puasnya.

  6. Aku melihat umatku yang cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk, setiap kali dia cuba menghampiri dia akan diusir, namum diselamatkan oleh MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA lalu dia dapat duduk disebelahku.

  7. Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, dan dia berdiri dalam keadaan binggung, maka datang padanya pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempatyang terang benderang.
  8. Aku telah melihat seorang dari umatku yang cuba berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka ketika itu datanglah SIFAT SILATULRAHIMNYA YANG TIDAK BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMAT lalu golongan mukmin berbicara dengannya.
  9. Aku telah melihat seorang dari umatku yang sedang menepis-nepis percika api ke mukanya, namun diselamatkan oleh pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

bertaubatlah sementara berkesempatan...

No comments: