Tuesday, May 13, 2008

HARIMAU, BUAYA, TIKUS DAN MADU

Adalah seorang hamba Allah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi harimau mengaum... Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya sahaja.

Jadi hambal Allah pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu kejar , kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ketakutan, berlari lintang pukang.. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.. Jadi untuk menyelamatkan diri,hamba Allah pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi itu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ini bergayut pada tali itu. Tali itu pendek jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang kelaparan sedang menunggu. Si hamba Allah berfikirlah macam manahendak menyelamatkan diri sambil beroda kepada Allah agar dia diselamatkan. Sedang dia berfikir bagaimana untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air dari perigi..

AAAaaa..!! Ya Allah..lagi seram dibuatnya apabila mendapat tahu ada 2 ekor buaya yang kelaparan sedang menunggu mangsanya.. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga.. Lagilah takut si hamba Allah nie.. Di atas ada harimau dan dibawah ada buaya.. Semakin takut dan risau...

Sedang berfikir cara untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba Allah itu bergayut.. Sampai ke atas tikus itu menggigit tali itu.. Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam.. Naik ikut tali tadi dan sampai di atas, tikus hitam tadi menggigit juga tali itu..

Hamba Allah berfikir lagi, kalu naik atas dimakan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah akan makan dek buaya.. Macam man nie.. Sedang hamba Allah tu berifkir untuk menyelamatkan diri datang seekor lebah yang membawa madu..

Si hamba Allah pun mendongak ke langit melihat lebah yang sedang membawa madu.. Tetiba setitik madu jatuh dan terus masuk ke mulut si hamba Allah. Nikmatnya tidak terkata.. Hamba Allah itu berkata, "fuh,manisnya madu ini. Sedapnya..Subhanallah sungguh sedap". Kerana setitik madu si hamba Allah itu terlupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah..

Kalu semua nak tahu..
Si hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar itu adalah MAUT..ajal memang sentiasa mengejar kita..
Dua ekor buaya adalah malaikat MUNKAR dan NAKIR yang menanti kita di dalam kubur nanti..
Tali tempat bergayut tadi adalah jangka hayat umur kita
(kalu pendek talinya,pendek la umur kita..kalu panjang talinya, panjang la umur kita..)
Tikus putih dan tikus hitam adalah dunia kita..siang dan malam yang sentiasa menghakis umur..
Madu setitik itu adalah nikmat dunia..

Bayangkan...
Setitik madu lebah itu jatuh ke dalam mulut hamba Alla tadi, dia lupa pada harimau dan buaya..
Sama seperti kita..
Bila dapat nikmat sedikit dari Allah,kita sudah lupa pada-Nya..
Bila susah baru hendak beringat pada-Nya..

Astagfirullah..

Selepas baca post ini..
Ambil masa sekejap untuk muhasabah diri..

No comments: