Monday, May 26, 2008

KISAH SI MURTAD

Apa itu Islam..?


Islam itu adalah menyerahkan diri kepada Allah secara total juga dengan mengikut segala arahan-Nya. Islam adalah agama yang sempurna yang telah disebarkan melalui Nabi Muhammad SAW dan sebagai umat Baginda, kita seharusnya menyebarkan dan mempertahankan agama suci ini. Tetapi apa yang berlaku pada umat akhir zaman ini..??Ada yang tidak menghiraukan agama Allah ini, mengambil ringan tentang akidah dan akhlak umat disekeliling dan ada juga yang berani mempersendakan kesucian agama Allah ini..



Ini adalah perkara yang benar terjadi pada zaman kini..Sudah tentunya kisah Lina Joy atau nama Islam Azalina Jailani sudah tersebar luas tetapi apakah tindakan umat Islam dalam menangani masalah yang besar ini..Kisah ini seperti mencabar kekuatan agama Islam..Sebelum kisah "Si Murtad" ini dikupas lebih lanjut, kita renung sekejap apakah kemudahan dan kesenangan yang telah Allah berikan kepada umat manusia yang menganut agama Allah ini (Islam)..



Dari Hadith Abdullah bin Mas'ud RA berkata:Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami..
"Tidakkah kamu suka menjadi satu pertiga daripada ahli syurga. Sesungguhnya aku(Rasulullah SAW) berharap semoga kamu menjadi separuh daripada ahli syurga. Aku akan memberitahu kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada ditengah-tengah orang kafir adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau sehelai bulu hitam pada lembu putih".



Sudah terang lagi bersuluh, bukannya senang untuk menjadi ahli syurga melainkan iman kita sebagai penganut Islam kuat. Ini kerana umat Islam yang hidup dikelilingi orang kafir akan mengalami masalah sekiranya iman tidak kuat. Maka akan berlaku perbuatan zina, bunuh diri, dan juga MURTAD..



Perkara murtad sepatutnya dipandang lebih berat kerana masalah ini akan dikaitkan dengan nama suci agama Islam. Lina Joy telah mengfailkan dimahkamah untuk keluar daripada Islam..Apakah berita ini mendapat perhatian pihak media..?? Perbicaraan kes telah berlanjutan agak lama dan akhirnya pihak mahkamah telah memutuskan Lina Joy dibenarkan untuk keluar daripada Islam ---> MURTAD.. Secara tidak langsung Pertubuhan Melayu Murtad @ Persatuan Melayu Kristian telah sah ditubuhkan di Malaysia..!! Ini sepertimana menghina agama Islam di Malaysia..



(Lina Joy[belakang sekali] bergambar bersama peguam-peguam bela kes MURTAD beliau)

Dunia akhir zaman amat menakutkan apabila dikaitkan dengan akidah umatnya. Ada yang berpendapat takut untuk mempunyai anak kerana takut anak itu terpesong akidahnya. Isu MURTAD ini telah mendapat perhatian para mufti di Malaysia dan umat Islam di Malaysia diseru untuk bangkit membetulkan akidah manusia yang MURTAD.. Umat Islam di Malaysia telah digesa agar segara mencari jalan untuk membantu ahli IFC untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan yang benar iaitu Islam..

Para mufti juga turut menyeru agar semua penceramah, para ustaz, para khatib supaya jangan lupa untuk menyebarkan isu ini agar umat Islam berpegang teguh dengan Islam dan agar iman mereka diteguhkan lagi..InsyaAllah..IFC adalah musuh Islam di Malaysia..!!

IFC telah menghantar memorandum kepada PM meminta beberapa perkara berhubung dengan Islam untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.. Antaranya:-

  1. Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia agar tidak dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berumur 18 tahun.
  2. Hapuskan kolum identiti agama dalam dokumen pengenalan seperti MyKad dan Pasport.
  3. Orang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan orang Islam tidak perlu untuk menukar kepada agama Islam
  4. Orang Islam yang ingin berkahwin dengan orang bukan Islam perlu menukar agama.
  5. Kerajaan Malaysia perlu menyediakan dana kepada semua rumah ibadat bagi orang bukan Islam seperti mana Kerajaan Malaysia menyediakan dana untuk rumah-rumah ibadat bagi orang Islam.
  6. Peraturan sekolah agar murid-murid yang beragama Islam menutup aurat dimansuhkan kerana ia menghina agama bukan Islam.
  7. Hapuskan mahkamah syariah kerana is menghina agama-agama lain.
  8. Harta orang bukan Islam yang telah masuk Islam dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
  9. Hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada pasangan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam.
  10. Perlu diberikan ruang di radio dan TV untuk program-program yang berkaitan dengan ajaran agama mereka seperti mana program-program Islam disiarkan.
  11. Kerajaan Malaysia dituntut untuk mencetak Bible dalam bahasa melayu untuk diedarkan ke seluruh negara.

Ada beberapa lagi tuntutan yang dibuat oleh IFC di mana anda boleh rujuk pada "Majalah Millenium Muslim"

Mereka turut mempertikaikan keistimewaan agama Islam hingga di angkat sebagai agama rasmi Negara. Mereka seperti berani mempermainkan kesucian agama Islam..

Ayuh bangunlah wahai umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia untuk hapuskan orang-orang yang MURTAD yang mencemarkan nama agama Allah --> Islam

Allahu akbar..x3

1 comment:

Radeon said...

Bukannya Malaysia negara islam pon... cume persekutuannye je islam... korunk2 je.. yang kat tanah melayu tu...cis racist